-=[ Klick Go To My Homepage ]=-














Majlis Bimbingan Dakwah
Majlis Bimbingan Dakwah

Pages

Tuesday, March 5, 2013

Waspadai Agenda Iblis


SEBAGAI seorang Muslim, kita memiliki musuh yang terbesar. Siapapun kita, apapun mazhab dan aliran pemikiran, kita berkongsi musuh yang sama. Musuh terbesar setiap Muslim adalah iblis.Sejak Allah SWT mengusirnya dari Syurga, iblis telah bersumpah akan terus memusuhi dan memperdaya manusia. Menarik manusia sebanyak yang boleh ke neraka adalah misi hidup iblis satu-satunya.Oleh kerana itu, Allah selalu mengingatkan kita agar berhati-hati dan menjaga diri daripada tipu daya dan bujuk rayu iblis.

Allah SWT berfirman: Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuhmu. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengajak pengikutnya menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala. (al-Fatir: 6)

Agenda iblis Untuk menjaga diri daripada tipu daya iblis, kita mesti mengetahui strateginya dalam menyesatkan manusia. Kita mesti tahu apa sebenarnya yang menjadi agenda utama iblis pada saat ini untuk menyesatkan umat Islam.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW menyebutkan bahwa syirik bukan lagi agenda terbesar iblis. Setelah pengutusan Rasulullah SAW kepada umat manusia, agenda tersebut dilihat sudah tidak lagi strategik dan relevan. Iblis sedar bahawa syirik tidak akan bertahan di hadapan cahaya iman yang sangat terang.
Iblis lalu beralih ke agendanya yang lebih realistik yaitu memecahbelahkan umat Islam dan menjadikan setiap Muslim memusuhi Muslim yang lain.

Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iblis telah berputus-asa untuk kembali disembah di Semenanjung Arab. Akan tetapi, ia terus berusaha untuk mengadu domba mereka. (riwayat Muslim).
Perpecahan
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsananya di atas lautan. Ia lalu mengutus syaitan-syaitan ke semua penjuru dunia untuk menyesatkan manusia. Mana-mana yang paling banyak membuat kerosakan, maka dialah yang paling disukai iblis.Salah satu daripada syaitan-syaitan kembali dan berkata: Hari ini aku telah melakukan ini dan itu. Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa. Lalu datang syaitan yang lain dan berkata: Aku telah berjaya memisahkan antara seorang suami dengan isterinya. Iblis memeluknya sambil berkata: Engkaulah yang terbaik. (riwayat Muslim).

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa agenda terbesar iblis adalah memecah belah umat Islam. Perpecahan yang bersifat individual yang berlaku antara pasangan suami-isteri, mentua-menantu, abang-adik atau lain sebagainya amat dihargai iblis.Mana-mana syaitan yang berjaya mencetuskan perpecahan tersebut akan mendapat pingat penghargaan daripada iblis.

Sudah pasti tidak terbayang kegembiraan iblis apabila melihat perpecahan itu melibatkan kumpulan yang lebih besar. Apabila umat Islam saling mengkafirkan, saling memfitnah, saling berburuk sangka, enggan bertegur sapa, maka pada saat itu iblis tersenyum lebar. Misi terbesarnya terlaksana seperti mana yang ia inginkan.

Maka jalan Kita semua adalah ==>
Satukan hati
Sebagai Muslim kita mesti waspada dengan syaitan-syaitan ini. Mereka sangat pandai menipu kita untuk mewujudkan agenda iblis. Pasukan iblis bukan hanya syaitan-syaitan yang berbentuk halus, seringkali ia juga berbentuk manusia seperti kita.
Lebih penting daripada itu, berusahalah untuk menggagalkan agenda iblis ini. Yakni dengan cara merapatkan barisan dan menyatukan hati demi agama Allah. Jangan biarkan perbezaan pendapat yang berlaku dimanfaatkan oleh iblis sebagai celah yang akan meretakkan kesatuan kita.

Wallahu A'lam :D


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...